_aD

Friday, July 15, 2011

Sifat Manusia, Pelupa, Satu Anugerah

*gambar hanya sekdar hiasan bagi topik ini yeahh...

Pagi tadi lepas solat Subuh tgh sarapan tengoklah TV9, bersama family. Rancangan Tanyalah Ustaz. Perghhh...tajuk pagi tadi memang menarik. Mengungkai satu lagi hikmah disebalik kejadian Allah S.W.T. Bercakap tentang Eidul Fitr, Hari Raya Aidil Fitri la orang mlesia ckp. Iaitu masa kita kembali kepada fitrah kita sebagai hamba Allah, kembali ke pangkal jalan. Bercakap pasal fitrah, ustaz nya pun mengupas la maksud MANUSIA. Berasal dari perkataan "Nasia" iaitu Pelupa, kalau omputih ckp AMNESIA tu asal dari perkataan yang samalah. Hikmah disebalik sifat manusia yang Pelupa ini...

Ustaz pun berceritalah..andainya manusia tidak ada sifat pelupa ini dan manusia duk ingattt je semua benda dalam kehidupan seharian. Katakan hari ni mak kita meninggal, sedih, esok adik kita pula, lusa kucing kesayangan kita. Dan kita sebagai manusia jika tidak ada sifat LUPA ni duk akan ingattt saja akan kesedihan ni tak sudah2..pergghhh....terfikir jugak aku..

rupa2nya disebalik sifat PELUPA yang kita ingat selama ni adalah kelemahan, rupa2nya KEKUATAN untuk kita meneruskan kehidupan. TETAPI, ada tetapi nya, manusia ni diciptakan Allah bukan jadi Pelupa yang sejati, kita juga dikurniakan akal yang diciptakan untuk berfikir dan mengingati banyak perkaraaa...Jadi, janganlahhh jadikan alasan kita sebagai manusia yang PELUPA ni untuk lari dari SOLAT, PUASA, dan lain2 perkara yang diwajibkan keatas kita, kerana kalau itulah alasan kita maka kurang CERDIK lah kita kerana dikurniakan akal tidak seperti ciptaan2 Allah yang lain..kannnn.....dan LUPA nak buat DESIGN tuu satu lagi alasan yang tidak CERDIK..kannnn..renung2kanlah, selamat beramal, salam ramadhan al-mubaraq, berpuasa bukan sekadar puasa makan tetapi juga amalan2 yang ptut ditinggalkan, insyallah sama2 kita tinggalkan...pesanan ini khas untuk diri aku sendiri juga kerana aku hanyalah insan biasa yang melakukan banyakk dosa dalam sedar atau tidak..sekiannn.....

No comments: